Penunggang dan pembonceng motosikal penyumbang kepada kematian tertinggi kemalangan jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Kedah sejak 29 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, 15 kes kematian membabitkan 995 kemalangan yang direkodkan dalam tempoh sembilan hari.